"Menuntut ilmu adalah fardu wajib atas setiap orang islam" (Hadis riwayat Ibnu Majah dan lain-lain)

"...org2 yg berilmu pengetahuan ditinggikan beberapa darjat (surah alMujadalah:11)"

"Jom teroka buku bersama @terokabuku"
 

Mari Baca Jawi

Selasa, 5 Februari 2013


Tajuk buku : Mari Baca JAwi
Penulis : Ahmad Faisal Adnan
Terbitan : wadielfaisol
Harga : RM 19.00

Kegemaran @terokabuku adalah menela'ah buku berkaitan dengan jawi sebab @teroka buku suka melihat pendekatan yang dilakukan oleh penulis untuk memahamkan pembaca yang berada ditahap yang lemah.
Kali ini @terokabuku meneroka buku 'Mari Baca Cari'. Saiz buku yang besar dan grafik yang menarik bukan sahaja boleh menarik minat para pembaca kanak-kanak, malah ia juga telah menarik minat @teroka buku untuk memilikinya.

Buku ini terbahagi kepada 5 bahagian kemahiran iaitu :
  1. Kemahiran pertama : mengenal huruf tunggal
  2. Kemahiran kedua : membaca suku kata terbuka
  3. Kemahiran ketiga : membaca suku kata tertutup
  4. Kemahiran keempat : membina perkataan daripada dua suku kata
  5. Kemahiran kelima : membaca cerita

Kelima-lima asas ini merupakan kemahiran asas perlu dikuasai oleh seseorang untuk mewarisi kemahiran jawi.

Kemahiran pertama: Mengenal jawi tunggal


Kemahiran kedua dan ketiga: Suku kata
Kemahiran keempat : membina perkataan
Kemahiran kelima : bercerita


Penilaian @terokabuku tentang buku ini:

Penilaian yang dibuat oleh penulis iaitu:

1. Tahap yang paling atas atau @terokabuku paling suka
Mesti dibaca dan dimiliki