Tajuk Buku:
Penyuluh Jiwa Mukmin
(Amalan-amalan penyubut jiwa dan doa-doa kesejahteraan mukmin berpandukan al-Quran dan as-Sunnah)
Pengarang : Ustaz Nik Anwar Zakaria al-Basuti (albasuty@gmail.com)
Penerbit: One Touch Creative Sdn Bhd
Harga : RM
Muka depan - penyuluhmukmin@terokabuku |
Bahagian pertama : adab-adab Mukmin
Bahagian kedua: himpunan Solat-solat sunat / solat-solat nawafil
Bahagian ketiga : himpunan doa-doa dan zikir-zikir kesejahteraan mukmin
kandungan 1 - penyuluhmjiwamukmin@terokabuku |
kandungan 2 - penyuluhjuwamukmin@terokabuku |
Kandungan 3- penyuluhjiwamukmin@terokabuku |
Saya telah memiliki buku ini sejak saya menuntut di Universiti Malaya lagi (beberapa tahun yang lepas). Pensyarah Bahasa Arab saya telah mencadangkan kami para pelajarnya untuk memilikinya. Pada mulanya saya meragui isi kandungannya yang berkemungkinan isi kandungan seperti sama sahaja seperti buku-buku zikir dan solat lain.
Namun, setelah saya cuba membacanya, jelas isi kandungannya adalah ringkas namun padat dengan keterangan. Walaupun buku ini dilihat nipis, namun setiap perbuatan sunat dan amalan-amalan disusuli dengan dalil naqli dan dalil aqli , berpandukan dalil drpd al-quran dan as-sunnah.
Sebagai contoh:
Dalam subtopik solat sunat istiharah,
solat sunat istiharah - penyuluhjiwamukmim@terokabuku |
Dalilnya: Hadis
Daripada Jabir bin Abdullah al-ansari r.a;
Mafhumnya: Rasulllullah s.a.w mengajar kami supaya melakukan solat sunat istiharah dalam menentukan samua perkara, sebagaimana Baginda mengajar kami surah al-Quran. Baginda bersabda apabila seseorang kamu merasa ragu dalam sesuatu urusan maka rukuklah (solatlah) dengan dua rakaat (tetapi ) ia tidaklah diwajibkan kemudian hendaklah dia berdoa:
YA Allah ! Sesungguhnya........................................................
(rujuk buku Penyuluh Jiwa Mukmin m/s 131)
Jika dirujuk isi kandungan di atas, buku ini bukan sahaja menjelaskan tentang solat-solat sahaja, malah, terdapat amalan-amalan lain yang patut diamalkan olah kita sebagai orang mukmin seperti doa-doa benteng diri daripada makhlus halus. Saya sangat yakin menggunakan amalan doa dan zikir yang diberi kerana setiap amalan yang dikerah disertakan dalil (daripada potongan surah ataupun hadis ) kenapa dan bila ia perlu dibaca.
Muka belakang - penyuluhjiwamukmin @terokailmu |
Kesimpulannya kandungan buku ini amat memberi manfaat kepada semua umat islam yang ingin lebih berada dijalan yang diredhai.
0 ulasan:
Catat Ulasan