"Menuntut ilmu adalah fardu wajib atas setiap orang islam" (Hadis riwayat Ibnu Majah dan lain-lain)

"...org2 yg berilmu pengetahuan ditinggikan beberapa darjat (surah alMujadalah:11)"

"Jom teroka buku bersama @terokabuku"
 

Rasullullah is My Doctor

Isnin, 27 Mei 2013

Tajuk : Rasulullah Is My Doctor
Pengarang : Jerry D. Gray
ISBN-13: 978-967-366-137-4
Tarikh Terbit: 22 Apr 2013
Jumlah Muka Surat : 280

SINOPSIS
Sesungguhnya thibbun nabawi (pengubatan cara Nabi) adalah rawatan bagi mengubat dan mencegah penyakit yang sudah terbukti keberkesanannya. Rasulullah s.a.w. berpesan dalam hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari, "Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali Dia juga menurunkan ubatnya."
Ilmu perubatan Rasulullah s.a.w. adalah satu cara pencegahan dan penyembuhan penyakit secara praktikal sejajar dengan amalan Rasulullah s.a.w. Baginda bukan sahaja memberi resepi perubatan secara spiritual, malah fizikal juga. Justeru itu, ilmu perubatan ini masih relevan bagi masyarakat moden, memandangkan tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan ilmu perubatan sains moden.
Buku ini sungguh luar biasa. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, kaedah ini digunakan bagi mengubat beberapa penyakit yang dialami dan berjaya disembuhkan. Semoga perkongsian ini dapat menjadi pengajaran dan inspirasi kepada pengamal medik dan masyarakat awam khususnya umat Islam.  Ini membuktikan apa yang tertulis dalam Al-Quran dan hadith adalah benar dan sempurna.

Sumber : http://pts.com.my/buku/rasulullah-is-my-doctor/

The Curse of the Lady Cat

The Curse of The Cat Lady
Lina Parry


RM 15.00
ISBN: 978-967-5234-27-9
~176 hlm
Bahasa English
Tarikh Terbit: 3 Mac 2009
SINOPSIS
Is she just a lonely person who surrounds herself with dozens of pet cats or is there something sinister about her?
Sumber : http://www.bukuprima.com.my/prodDetails.asp?idpr=138 

Alphabet Kids : Transportation

Alphabet Kids: Transportation
Nor Haniza Saad


RM 9.90
ISBN: 978-967-5234-51-4
~64 hlm
Bahasa English
Tarikh Terbit: 3 Mei 2009

SINOPSIS

Learn new words in a fun and interesting way! The Alphabet Kids are here to help you learn more about the common modes of transportation. Let's start learning!

Sumber : http://www.bukuprima.com.my/prodDetails.asp?idpr=140 

Jadi 'COOL' + Positif

RM 10.00
ISBN: 978-967-5234-69-9
~320 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 9 Sep 2009
SINOPSIS
Bukan senang mahu jadi ‘cool’. Ada-ada sahaja perkara yang sering membuatkan kita tension dan murung sehinggakan ada ketikanya perasaan itu tidak terkawal.

Sumber : http://www.bukuprima.com.my/prodDetails.asp?idpr=176

Kuih Melayu

RM 7.00
ISBN: 978-967-5234-49-1
~64 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 8 Jul 2009

SINOPSIS

Menghidangkan resipi-resipi kuih Melayu seperti serabai, dangai inti, qasidah dan banyak lagi.

Sumber : http://www.bukuprima.com.my/prodDetails.asp?idpr=171

Cerita Satu Malam

Cerita Satu Malam
Zaifuzaman Ahmad
RM 19.90
ISBN: 978-967-0535-23-4
~544 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 20 Mei 2013
SINOPSIS
Mengisahkan Rizal yang baru bekerja di sebuah bangunan di pinggir kota Kuala Lumpur. Pada suatu malam, dia terpaksa pulang lewat kerana tugasnya. Apabila selesai bertugas, dia turun ke bawah untuk pulang. Namun apabila tiba di lobi, dia dikejutkan dengan kejadian seorang lelaki jatuh dari tingkat atas bangunan. Ketika dia tergamam itu, dia telah ditegur seorang pengawal keselamatan bernama Kadir. Melalui Kadir, dia telah diberitahu bahawa bangunan itu sebenarnya keras. Kadir menceritakan tiga kejadian yang pernah berlaku di dalam bangunan itu.Kisah Jennifer yang mengandung anak teman lelakinya telah mencari jalan singkat dengan terjun dari bangunan. Tandas di aras tujuh bangunan itu dikatakan berhantu berikutan kedengaran suara tangisan seorang perempuan dan ada kejadian ngeri. Terdapat juga kisah nasib pengawal keselamatan yang turut diganggu dengan sesusuk tubuh lelaki tanpa kepala.Rizal menjadi kalut mendengar cerita Kadir. Dia akhirnya meminta diri untuk pulang kerana waktu semakin lewat. Ketika dia keluar dari lobi, dia sempat melihat mayat yang terbujur di depan bangunan. Rizal bertambah terkejut apabila melihat wajah lelaki yang mati itu ialah Kadir. Jadi… dengan siapa dia bercakap tadi?

“Tapi abang tak bohong. Memang macam-macam ada dalam bangunan ni. Jumpa dengan tidak aje.” – Ayob

“Saya boleh buktikan yang kematian gadis-gadis di dalam tandas ni ada kena-mengena dengan puaka yang mendiami tempat ni.” – Shira

Sumber : http://www.bukuprima.com.my/prodDetails.asp?idpr=560


Mari Baca Jawi

Selasa, 5 Februari 2013


Tajuk buku : Mari Baca JAwi
Penulis : Ahmad Faisal Adnan
Terbitan : wadielfaisol
Harga : RM 19.00

Kegemaran @terokabuku adalah menela'ah buku berkaitan dengan jawi sebab @teroka buku suka melihat pendekatan yang dilakukan oleh penulis untuk memahamkan pembaca yang berada ditahap yang lemah.
Kali ini @terokabuku meneroka buku 'Mari Baca Cari'. Saiz buku yang besar dan grafik yang menarik bukan sahaja boleh menarik minat para pembaca kanak-kanak, malah ia juga telah menarik minat @teroka buku untuk memilikinya.

Buku ini terbahagi kepada 5 bahagian kemahiran iaitu :
  1. Kemahiran pertama : mengenal huruf tunggal
  2. Kemahiran kedua : membaca suku kata terbuka
  3. Kemahiran ketiga : membaca suku kata tertutup
  4. Kemahiran keempat : membina perkataan daripada dua suku kata
  5. Kemahiran kelima : membaca cerita

Kelima-lima asas ini merupakan kemahiran asas perlu dikuasai oleh seseorang untuk mewarisi kemahiran jawi.

Kemahiran pertama: Mengenal jawi tunggal


Kemahiran kedua dan ketiga: Suku kata
Kemahiran keempat : membina perkataan
Kemahiran kelima : bercerita


Penilaian @terokabuku tentang buku ini:

Penilaian yang dibuat oleh penulis iaitu:

1. Tahap yang paling atas atau @terokabuku paling suka
Mesti dibaca dan dimiliki


Teknik Mudah Cepat Membaca jawi

Isnin, 14 Januari 2013


Tajuk buku: Teknik Mudah KAedah cepat Jawi
Penulis : Wan Mohd Azhar Wan Mahamod, Mohd Aly Ibrahim
Terbitan : Telaga biru
Mukasurat : 215 m/s
Harga: RM 29

@terokabuku baru membeli buku ini minggu lepas untu melihat pendekatan yang dibuat. Buku ini disertakan dengan perisian (dalam CD) untuk kemudahan pembaca mendalami ilmu jawi.


@terokabuku telah menginsstall perisian ini. Namun, @terokabuku rasa sedikit hampa setelah mengguna perisian ini. Ini disebabkan perisian ini

  1. menunggu (lebih 24 jam) respon daripada admin untuk mendapatkan nombor siri. Pihak admin buku tersebut menjanjikan akan dapat nombor siri dalam masa 24 jam
  2. tidak mudah pengguna (user friendly). @terokabuku tidak berapa faham cara penggunaan perisian ini. @terokabuku, sesebuah perisian yang berjaya mudah digunakan oleh mana-mana pengguna tanpa bimbingan admin
@terokabuku tida faham apa yang diminta oleh perisian. @terokabuku cuba click, namun tiada respon

3. Ralat pada jawapan, Contoh, perisian meminta pengguna menjawikan perkataan satu, namun setelah dijawikan dgn betul, perisian mengatakan jawapan tersebut salah

4. @terokabuku tidak dapat mengakitkan isi kandungan buku dengan perisian secara menyeluruh

Walaubagaimanapun, usaha yang dilakukan oleh penulis dan pembangun perisian ini patut dipuji. namun, mereka harus memperbaiki kekurangan yang ada.


Penilaian @terokabuku mengenai buku ini:


3. Tahap yang biasa menurut bacaan @terokabuku
Bolehlah untuk dibaca