"Menuntut ilmu adalah fardu wajib atas setiap orang islam" (Hadis riwayat Ibnu Majah dan lain-lain)

"...org2 yg berilmu pengetahuan ditinggikan beberapa darjat (surah alMujadalah:11)"

"Jom teroka buku bersama @terokabuku"
 

Khamis, 20 Disember 2012





Blog in Progress
- blog sedang di kemas kini-

Pikat Remaja dengan Kata-kata

Tajuk buku:
Pikat Remaja dengan kata-kata

Penulis: Dr Tengku Asmadi & Hilmi Isa
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Harga: RM 14
Halaman : 155 ms







Bahan bacaan buku ini sangat ringan untuk dibaca. dan ia mudah difahami. PEnulis buku ini  akan mengaitkan setiap kata-kata motivasi atau situasi motivasi dengan al-Quran dan as-sunnah. Kajian psikologinya amat membantu terutamanya untuk para pendidik.

Penilaian @terokabuku untuk buku ini:

Oklah untuk pengetahuan umum


Penilaian bacaan mengikut @terokabuku

Penilaian  bacaan mengikut @terokabuku

Penilaian yang dibuat oleh penulis iaitu:

1. Tahap yang paling atas atau @terokabuku paling suka
Mesti dibaca dan dimiliki
2. Tahap pertengahan atau sederhana bagi @terokabuku
Ok lah, untuk pengetahuan umum

3. Tahap yang biasa menurut bacaan @terokabuku
Bolehlah untuk dibaca



Penyuluh Jiwa Mukmin

Tajuk Buku:
Penyuluh Jiwa Mukmin
                       (Amalan-amalan penyubut jiwa dan doa-doa kesejahteraan mukmin berpandukan al-Quran dan as-Sunnah)

Pengarang : Ustaz Nik Anwar Zakaria al-Basuti (albasuty@gmail.com)
Penerbit: One Touch Creative Sdn Bhd
Harga : RM  


Muka depan - penyuluhmukmin@terokabuku
Buku ini mengandungi 338 halaman. Kandungan buku ini menjurus tentang kehidupan yang harus dilakukan oleh para mukmin. Kandungannya terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :



Bahagian pertama : adab-adab Mukmin
Bahagian kedua: himpunan Solat-solat sunat / solat-solat nawafil
Bahagian ketiga : himpunan doa-doa dan zikir-zikir kesejahteraan mukmin

  
kandungan 1 - penyuluhmjiwamukmin@terokabuku
kandungan 2 - penyuluhjuwamukmin@terokabuku

Kandungan 3- penyuluhjiwamukmin@terokabuku

Saya telah memiliki buku ini sejak saya menuntut di Universiti Malaya lagi (beberapa tahun yang lepas). Pensyarah Bahasa Arab saya telah mencadangkan kami para pelajarnya untuk memilikinya. Pada mulanya saya meragui isi kandungannya yang berkemungkinan isi kandungan seperti sama sahaja seperti buku-buku zikir dan solat lain. 

Namun, setelah saya cuba membacanya, jelas isi kandungannya adalah ringkas namun padat dengan keterangan. Walaupun buku ini dilihat nipis, namun setiap perbuatan sunat dan amalan-amalan disusuli dengan dalil naqli dan dalil aqli , berpandukan dalil drpd al-quran dan as-sunnah.

Sebagai contoh:

Dalam subtopik solat sunat istiharah, 
solat sunat istiharah - penyuluhjiwamukmim@terokabuku
Dalilnya: Hadis
Daripada Jabir bin Abdullah al-ansari r.a;
Mafhumnya: Rasulllullah s.a.w mengajar kami supaya melakukan solat sunat istiharah dalam menentukan samua perkara, sebagaimana Baginda mengajar kami surah al-Quran. Baginda bersabda apabila seseorang kamu merasa ragu dalam sesuatu urusan maka rukuklah (solatlah) dengan dua rakaat (tetapi ) ia tidaklah diwajibkan kemudian hendaklah dia berdoa:

YA Allah ! Sesungguhnya........................................................
(rujuk buku Penyuluh Jiwa Mukmin m/s 131)

Jika dirujuk isi kandungan di atas, buku ini bukan sahaja menjelaskan tentang solat-solat sahaja, malah, terdapat amalan-amalan lain yang patut diamalkan olah kita sebagai orang mukmin seperti doa-doa benteng diri daripada makhlus halus. Saya sangat yakin menggunakan amalan doa dan zikir yang diberi kerana setiap amalan yang dikerah disertakan dalil (daripada potongan surah ataupun hadis ) kenapa dan bila ia perlu dibaca.


Muka belakang - penyuluhjiwamukmin @terokailmu

Kesimpulannya kandungan buku ini amat memberi manfaat kepada semua umat islam yang ingin lebih berada dijalan yang diredhai.

Penilaian @terokabuku untuk buku ini:
Mesti dibaca dan dimilik
Mesti dibaca dan dimiliki