"Menuntut ilmu adalah fardu wajib atas setiap orang islam" (Hadis riwayat Ibnu Majah dan lain-lain)

"...org2 yg berilmu pengetahuan ditinggikan beberapa darjat (surah alMujadalah:11)"

"Jom teroka buku bersama @terokabuku"
 

Rasullullah is My Doctor

Isnin, 27 Mei 2013

Tajuk : Rasulullah Is My Doctor
Pengarang : Jerry D. Gray
ISBN-13: 978-967-366-137-4
Tarikh Terbit: 22 Apr 2013
Jumlah Muka Surat : 280

SINOPSIS
Sesungguhnya thibbun nabawi (pengubatan cara Nabi) adalah rawatan bagi mengubat dan mencegah penyakit yang sudah terbukti keberkesanannya. Rasulullah s.a.w. berpesan dalam hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari, "Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali Dia juga menurunkan ubatnya."
Ilmu perubatan Rasulullah s.a.w. adalah satu cara pencegahan dan penyembuhan penyakit secara praktikal sejajar dengan amalan Rasulullah s.a.w. Baginda bukan sahaja memberi resepi perubatan secara spiritual, malah fizikal juga. Justeru itu, ilmu perubatan ini masih relevan bagi masyarakat moden, memandangkan tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan ilmu perubatan sains moden.
Buku ini sungguh luar biasa. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, kaedah ini digunakan bagi mengubat beberapa penyakit yang dialami dan berjaya disembuhkan. Semoga perkongsian ini dapat menjadi pengajaran dan inspirasi kepada pengamal medik dan masyarakat awam khususnya umat Islam.  Ini membuktikan apa yang tertulis dalam Al-Quran dan hadith adalah benar dan sempurna.

Sumber : http://pts.com.my/buku/rasulullah-is-my-doctor/

0 ulasan:

Catat Ulasan